Thursday, 20 June 2013

Tips makeup yang baru nak belajar khas untuk REMAJA

Bapak arr panjang tajuk kau fizah..Alang-alang kenapa tak buat karangan terus kan..huahuahua...Ok foine! whatevor...ok by!~ wuuuu~ Hidung semakin smengada-ngada tanda-tanda musim seleseme bakal menjelma...aku dnegan malas pon bangun pergi ke dapur cari ubat yang perlu di cekik...dah rupa tikuih~ Mana ubat ni!! Semua ubat ayah aku..mana ubat seleseme?..Dimanakah...Godek punya godek baru jumpa..ahaa! Warna pink berbentuk bulat ...sekali masok dalam mulot ok mak aii! tak boleh pahit lagi ke wahai ubat? T__T sesungguhnya aku pembenci ubat..sebab aku tak reti makan ubat...tak sedap! Tapi terpaksa makan sebab dah SAKIT...aku pasrah T__T... Tiba-tiba boleh lah pulak kan mata aku nak bengkak..apakah simtom-simtom penyakit aku ini yang semakain nak bermaharajalela ni? Janganlah ....T__T ... nak sekolah lagi ni woi!! Banyak urusan kerja duniawi nak kena aku uruskan... T__T.. ok... nasib baik ada minyak nyunyi......sangat osem...cepat je mata aku yang bengkak jadi kecut...hasil belaian asmara dari aku..hikhikhikhokk~!..    .oo.
Back to story.....rasa macam dah banyak sangat membebel ....kali ni aku nak share kat korang-korang terasa atau terperasan diri tu muda remaja acer torai makeup ni..simple je..atau pun mana yang masih baru-baru atau tah teh tah teh dalam makeup-makeup ni tapi tak tau nak buek camno...dun wurry....akan ku turunkan ilmu yang telah diperam dekat pusat-pusat aku yang comel ni..huehuehue.. :'D Jom~!

CONCEALER
  • ada pelbaai jenis dan brand..so ikot citarasa korang lah nak yang mana satu
  • ada yang jenis liquid ..tau kan , &  lagi satu jenis macam padat-padat gitu..padat?camne tu? camni :  
                      
So kalau korang ada gelap bawah mata,kantung mata,bekas-bekas jerawat,flek..so guna concealer sebagai penyamar noda-noda yang tercipta. So time nak beli tu , cari yang warna concealer lebih terang dari warna kulit,kiranya berlawananlah camtu...Guna jari better actuallly...for me lah...just pedap-pedap...Guna berus pon ok janji pandai ratakan, guna span pon ok tapi kalau macam span dia jenis cepat serap ke dalam span kan..so akan berlaku pembaziran disitu...
FOUNDATION
  • Pileh warna foundation di bawah sinar matahari atau lampu putih lalu oleskan dekat pipi
  • Goncangkan botol foundation tu terlebih dahulu supaya mereka bersatu padu dengan penuh cinta sejati..ewahhhh
  • Letakkan di bahagian pipi,dahi,dagu,hidung,kening
  • Ratakan dengan menggunakan span/berus/jari pon boleh...ikot hatilah ...
BEDAK
bedak tabur

bedak compaq
  • Dengan memakai bedak, ianya dapat meng"cover" kan muka tu dari namapak kilatan dari hasil foundation yang kita pakai tadi tau
  • Ada jenis loose powder dan compaq powder
  • Sapukan di muka dengan penuh berhemah :'D
EYE SHADOW

  • Warna yang kita perlu dalam makeup course adalah waran terang dan gelap
  • Gunakan warna terang sebgaia highlight dan gelap sebagai pembayang
  • Pakai kan di kelopak mata dengan warna-warna medium seperti cream, pink untuk tampil lebih soft dan tiut..ewahh~
Cara-caranya sebagai contoh : 

  1. Oleskan warna pink di kelopak mata dimulai dengan bismillah..eh eh....? T__T..dengan dimulai dari hujung mata bahagian dalam lalu oleskan warna gelap di atasnya dan letakkan warna putih sengaia highlight di tulang kening korang tu.
  2. Ratakan dengan secukup rasa
EYELINER 
  • Gunakan eyeliner dekat bahagian atas mata 
  • AWAS ! : SILA BACA INI! untuk REMAJA elakkan dari memakai eyeliner di bahgagian bawah mata kerana akan nampaka macam tidak fresh  dan mata akan kelihatan kecil.. Yelah kata REMAJA.. so jangan lebih-lebih hokey...kuikuikui~ :D
  • Eyeliner ada perbagai jenis.Jenis liquid,pencil,gel liner 

Cara pakai eyeliner : 
  1. Gunakan eyeliner bahagian atas mulai dari bahagian DALAM ke LUAR.
  2. Ratakan dengan kemas
p/s : gunakan jenis waterproof untuk elakkan dia sememeh dan sewaktu dengannya.
MASCARA
  1. Lentikkan bulu mata terlebih dahulu sebelum pakai mascra
  2. Apa? Takde pelentik? Tak pe jarikan ada .. :'D... lentikkan gun jari telunjuk dan kira sampai 20.. 
  3. Oleskan mascara mulai dari bahagian TENGAH BULU MATA, lalu ke BAWAH dan ke ATAS secara ZIGZAG untuk hasil yang natural.Try it! :'D
Blush on/Blussher 
Blusher adalah perkara yang aku sangat suke sebab ianya OSEM!
  • Blush on/Blussher akan membuatkan wajah kita kelihatan lebih segar 
  • Semakin terang waran kulit kita, maka kita pileh warna blushher yang lebih terang seperi PINK 
  • MUDA 
LIPSTICK
Pileh warna yang sesuai dengan kulit kita tau!
  • kulit putih : pink / peach
  • kulit kuning : cekelet/orange bata
  • coklat : bronze, coklat,orange tua
  • hitam : plum/merah cekelet :'D
Oleskan dibibir dan jangan lupa sapukan lipgloss untuk lebih seksi gitu..ewahhh
So camne ok ?? Mata aku pon dah ngantok effect dari makan ubat..so selamat mencuba kepada semua gadis-gadis yang baca :'D korang memang canteklah!
p/s : CIPTAAN-NYA SEMUANYA CANTIK-CANTIK BELAKA...SO JGNLAH MENGHINA DIRI...UMPAMA AWAK MENGHINA CIPTAAN-NYA 

Tuesday, 4 June 2013

 ApA iTu CiNtA!!! <3

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.